Fun Party Platter
Halloween puff
Egg Cooking Method: HALLOWEEN PUFF
BAHAN-BAHAN
2 Keping Puff pastry
1 cawan puri labu
1/2 cawan gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil esen vanila
1 biji Telur Organik Selenium Nutriplus, dipukul
1 sudu besar air
gula untuk ditaburkan
DANISH LABU 🥧🎃
- Dalam satu mangkuk, satukan puri labu, gula perang, serbuk kayu manis dan esen vanilla. Gaul sebati.
- Sediakan kulit puff pastry, potong kulit puff pastry berbentuk muka teddy bear menggunakan acuan.
- Sudukan inti labu diatas kulit puff dan tutup satu lapisan lagi kulit puff diatas inti tadi (lapisan atas hanya separuh muka teddy sahaja)
- Kocakkan sebiji telur bersama air, sapu diatas permukaan Danish Labu. Bakar didalam oven dengan suhu 180c selama 25minit.
- Hiaskan Danish labu berbentuk karakter teddy bear dan ayam dengan menggunakan seaweed, slice cheese dan apple untuk bentuk mata, hidung dan mulut ayam.
Danish Ayam Berkeju🥧🍗🧀
2 Keping kulit Puff Pastry
3 sudu besar mentega
½ biji bawang cincang
3 sudu besar tepung gandum
Ayam goreng Tatsuta Nutriplus (Potong kecil)
Daun bawang dicincang
Keju Mozarella
1/4 krim masam
½ sudu kecil serbuk paprika
3 sudu besar bawang cincang
Garam dan lada secukup rasa
1 biji Telur Organik Selenium Nutriplus dipukul bersama 1 sudu besar air
CARA-CARA
- Panaskan mentega, tumis bawang
- Masukkan tepung, gaul sebati. Masukkan daun bawang, Ayam tatsuta, krim masam. Gaul rata dan masukkan garam, lada secukup rasa, paprika dan keju mozarella. Reneh sekejap dan tutup api. Biarkan inti sejuk.
- Sediakan kulit puff pastry, potong berbentuk labu (boleh gunakan acuan)
- Sudukan inti Ayam tadi dipermukaan kulit puff dan tutup semula kulit puff diatas inti. Sapukan telur dipermukaan Danish Ayam Berkeju dan bakar dengan suhu 180c selama 25minit.
- Setelah Danish Ayam sejuk, hiaskan berbentuk karakter Jack-O'- lantern emoji menggunakan seaweed untuk bentuk mata, hidung dan mulut🎃