Cart 0

Fried Tofu Salad & Boiled Eggs Easy Recipe

Nak resipi yang mudah dan berkhasiat dari kami tak?
Jom, hari ini kami kongsikan pula resipi Salad Tauhu Goreng dengan Telur Rebus yang dimakan dengan sos atau kuah rojak istimewa menggunakan Kicap Lemak Manis Mahsuri.
Sos salad ini boleh dibuat lebih awal dan disimpan didalam peti sejuk.

Salad Tauhu Goreng & Telur Rebus

Bahan-bahan salad:

150g taugeh – celur didalam air panas selama 3 minit
100g kangkung – Potong dan rebus selama 1 minit
1 biji timun – potong dan dihiris memanjang
2 keping Tauhu – goreng dan potong kiub
3 Telur Kampung Nutriplus Dengan Omega-3, direbus dan dibelah dua.

Bahan-bahan untuk sos:

1 cawan Kicap Lemak Manis Mahsuri
1 sudu besar belacan, dibakar
250g gula melaka
10 biji cili api
2 sudu besar pes otak udang Jus asam jawa
1/2 cawan kacang tanah
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung, campurkan dengan
2 sudu besar air

Arahan:

- Tumbuk cili padi dan ketepikan
- Larutkan gula dalam air, masukkan kicap lemak manis Mahsuri, belacan, pes otak udang dan masak dengan api sederhana.
- Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Didihkan dan masak sehingga sos pekat. Masukkan kacang tanah yang dikisar, cili dan kacau hingga sebati.
- Cara hidangan: susun segenggam taugeh diikuti timun, kangkung, telur rebus dan tauhu goreng di atas pinggan dan tuang sos diatasnya.

Masa Persediaan: 20 minit
Masa Memasak: 5 minit
Hidangan: 4

English Ingredients

150g of Bean sprouts – blanched for 3 minutes
100g Water spinach (kangkung) - Cut and boiled for 1 minute
1 Cucumber – cut lengthwise and sliced
2 pieces of Tofu – fried and cut into cubes
3 Nutriplus Telur Kampung Dengan Omega-3, boiled and cut in half

Ingredients for the sauce

1 cups Mahsuri Kicap Lemak Manis
1 tbsp belacan, roasted in foil for about 20 minutes
250g palm sugar
10 bird’s eye chilies
2 tbsp shrimp paste from a jar Tamarind juice
1/2 cup ground peanuts
1 cups of water
1 tbsp cornstarch, mix with
2 tbsp water

Instructions

- Pound the chilies finely and set aside
- Dissolve the sugar in water, add in the Mahsuri kicap lemak manis, belacan, shrimp paste and cook over medium heat
- Add in the tamarind juice and salt to taste
- Add in cornstarch mixture. Bring to a boil and cook until the sauce thickens. Remove from heat In a bowl, put in the ground peanuts, chilies/garlic and the soy sauce mixture and stir until well mixed
- To serve: arrange a handful of soybeans, cucumber, water spinach, hard boiled egg and fried tofu on a plate and topped it with 2/3 spoonfuls of the sauce

Prep Time: 20 mins
Cooking Time: 5 mins
Serving: 4

~Enjoy~

Mee Siam

Hi peminat Nutriplus X Mahsuri, lagi resipi yang kami mahu kongsikan hari ini iaitu Mee Siam Mee Siam Goreng adalah hidangan yang mudah dimasak sesuai dihidangkan untuk tetamu sebagai makan tengah hari, atau untuk makan malam potluck. Ianya ringkas, namun begitu lazat terutamanya dengan bau yang menyegarkan dari limau nipis. Anda boleh mencuba sendiri resipi ini🍝

Bahan-bahan

3-4 sudu besar minyak
10 ekor udang
1/2 sudu besar serbuk pati ayam Kicap Lemak Manis Mahsuri, secukupnya
1-2 sudu besar gula
1/4 cawan air asam jawa
1/4 sudu kecil lada
200g bihun, rendam dalam air selama 5 minit sehingga lembut
1 paket taugeh (anggaran 100g)
1 ikat daun kucai (anggaran 70g), dipotong menjadi 2 inci panjang

Untuk dikisar halus:

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
8 biji cili kering, buang biji dan rendam dengan air suam
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar taucheo

Hiasan:

4 Telur Nutriplus dengan Omega-3, dipukul,
perisakan dengan garam dan lada sulah dan
digoreng menjadi telur dadar nipis
kemudian dihiris 2-3 biji limau nipis
Bawang goreng rangup
Daun ketumbar

Arahan:

- Panaskan minyak,
goreng bahan yang telah dikisar selama 4-5 minit. Masukkan udang, tumis sehingga separuh masak, kemudian masukkan serbuk pati ayam, gula, lada sulah, Kicap Lemak Manis Mahsuri dan air asam jawa. Didihkan dan reneh selama 5 minit. - Masukkan bihun dan gaul hingga sebati. Masukkan taugeh, daun kucai dan gaulkan. Pindahkan ke pinggan hidangan dan tabur dengan bahan hiasan. Perahkan sedikit air limau nipis sebelum dihidangkan.

Masa persediaan: 30 minit
Masa memasak: 15 minit
Hidangan: 2-3

English

Ingredients

3-4 tbsp oil
10 shrimps, shelled and deveined
1/2 tbsp chicken stock powder Mahsuri Kicap Lemak Manis, to taste
1-2 tbsp sugar
1/4 cup tamarind juice
1/4 tsp pepper
200g vermicelli noodles, soaked in water for 5 minutes until softened

Blend finely:

2 cloves garlic
1 large onions
8 dried chillies, deseeded and soaked in warm water
1 tbsp dried prawns
2 tbsp taucheo 1 packet bean sprouts (about 100g)
1 bunch garlic chives (about 70g), cut into 2 inch lengths

Garnish:

4 Nutriplus with Omega-3 eggs, beaten, seasoned with salt and pepper, fried into a thin omelet and finely shredded 2-3 limes or lemon wedges Crispy fried shallots Coriander leaves

Instructions:

- Heat up the same oil in the wok. Fry the blended ingredients for 4-5 minutes. Add shrimp stir-frying until half done, then add chicken stock powder, fish sauce, sugar, pepper, Mahsuri Kicap Lemak Manis and tamarind liquid. Bring to a boil and simmer for 5 minutes.

3. Add the vermicelli and mix until well combined. Toss for 2-3 minutes until the liquid has been absorbed and noodles are almost dry. Add bean sprouts and chives and mix them into the noodles. Transfer to a serving plate and top with garnish. Squeeze over some lime/lemon juice before serving.

Prep time: 30 mins
Cook time: 15 mins
Serving: 2-3

~Enjoy~

Spring roll with sweet n spicy dipping sauce (Sambal kicap)

Spring roll adalah makanan yang digemari setiap lapisan masyarakat di Asia. Spring roll atau dikenali Popiah menjadi pembuka selera yang lazat dan dipenuhi dengan sayur-sayuran yang dicincang dan digoreng hingga rangup. Untuk resipi kali ini, ia lebih istimewa kerana kami menyediakan spring roll dengan telur hancur dan sayur-sayuran dan dicicah Sambal kicap dengan rasa pedas dan manis.

Spring roll dengan sos pencicah manis dan pedas (Sambal kicap)

Bahan-bahan:

1 pek pembalut spring roll
3 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 Telur Kampung Nutriplus dengan Omega-3, dimasak hancur
150g Udang, dicincang halus
100g Lobak merah, dihiris
100g Sengkuang, dihiris
1 sudu kecil pati ayam
1/2 sudu teh garam Secubit lada sulah
1 cawan air
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar tepung jagung, dicampurkan dengan air

Campuran Tepung:

2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air

Bahan-bahan kicap manis pedas (sambal kicap):

3 sudu besar sos Kicap Lemak Manis Mahsuri
2 biji bawang merah, dihiris nipis
1 ulas bawang putih, dicincang
5-7 biji cili padi, dicincang
1/2 sudu besar jus lemon

Arahan:

- Dalam mangkuk kecil masukkan semua bahan, tambah jus lemon, dan gaul rata.
- Sos pencicah kicap manis pedas telah tersedia. Arahan spring roll:
- Dalam kuali, panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau. Masukkan udang, terus menumis hingga masak.
- Masukkan lobak merah dan sengkuang. Kacau hingga sebati.
- Masukkan telur hancur dan bahan perasa, gaul rata. Hidang dan ketepikan.
- Letakkan sekeping spring roll. Tambah 2 sudu inti pada pembalut kemudian lipat dua bahagian dan gulung. Letakkan sedikit bancuhan tepung di hujung sebagai gam.
- Panaskan minyak, goreng spring roll sehingga perang keemasan dan garing dengan api yang sederhana. Angkat dan toskan dengan tuala kertas. Hidangkan semasa panas bersama sambal kicap manis pedas.

Masa Persediaan: 30 minit
Masa Masak: 40 minit
Hidangan: 3-4 orang

English Ingredients

1 pack spring roll wrappers
3 tablespoons cooking oil
2 cloves garlic, chopped finely
2 Nutriplus Telur Kampung dengan Omega-3, scrambled
150 g baby shrimp, chopped finely
200g yam bean, sliced
100g carrot, sliced
100g Jicama, sliced

Seasonings:

1 teaspoon chicken stock granules
1/2 teaspoon salt
1 dash pepper
1 cup water
1 teaspoon oyster sauce
1 tablespoon cornstarch, mix with water

Flour Mixture:

2 tablespoons plain flour
4 tablespoons water

Ingredients for spicy sweet soy dipping sauce (sambal kicap)

3 tbsp Mahsuri Kicap Lemak Manis sauce
2 shallots tiny slices
1 clove garlic (minced or tiny slices)
5-7 chopped birds chilies
1/2 tbsp lemon juice

Instructions

- In a small bowl add all the ingredients, add lemon juice, and mix well.
- Your spicy sweet soy dipping sauce is ready. Instructions for spring rolls:
- In a wok, heat up cooking oil. Add in garlic and stir-fry until aromatic. Add in shrimps, continue to stir-fry until cooked.
- Add in yam bean, carrot and jicama. Stir to get everything well mixed.
- Add in scrambled eggs and seasoning ingredients and mix well. Dish out and set aside.
- Place a piece of spring roll wrapper. Top up 2 spoonfuls of the fillings on the wrapper and then fold in the two sides and roll up. Using flour mixture to seal up the edges.
- Heat up wok, pour in 2 cups of cooking oil. Deep fry the spring rolls until golden brown and crispy with medium heat. Dish out and drain with paper towels. Serve hot with spicy sweet soy sauce

Prep Time: 30 mins
Cook Time: 40 mins
Serving: 3-4 people

~Enjoy~

CHICKEN PUFF

Hi Semua.. Hari ini kami mahu kongsikan resipi Puff Ayam yang mudah, dibakar sehingga keperangan yang menarik dari sapuan telur Nutriplus dengan omega-3, diisi pula inti ayam bawang putih dengan sedikit karamelisasi dari Kicap Mahsuri. Resipi puff ayam yang sempurna ini sesuai dijadikan sebagai pembuka selera atau snek yang sangat mengenyangkan dan sememangnya mudah dibuat di rumah. Jom cuba resipi ini

PUFF AYAM

bahan-bahan

UNTUK ISI:

150 gram Ayam cincang
3 sudu besar Minyak
2 sudu besar bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar Cili Flakes
2 sudu besar Kicap Lemak Manis Mahsuri
1 sudu kecil Madu Garam Lada

UNTUK PUFF PASTRY:

Puff pastri - Secukupnya
1 Telur Nutriplus dengan Omega-3
3 sudu besar bijan putih
3 sudu besar bijan hitam

Arahan:

- Cairkan puff pastry dan ketepikan seketika
- Di dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan ayam cincang ke dalamnya. Masak dengan api sederhana selama 5 minit. Masukkan garam, lada sulah, cili dan bawang putih.
- Setelah ayam hampir masak, masukkan kicap lemak manis Mahsuri dan madu. Masak selama 3-4 minit lagi dan pindahkan isi ayam ke dalam mangkuk.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius.
- Sediakan pastri puff dan letakkan 2-3 sudu besar isi ayam pada satu sisi.
- Regangkan bahagian lain (penutup) dan tutupkan dengan berhati-hati. Lakukan sehingga habis puff pastri yang lain.
- Susun di atas loyang. Sapu telur pada puff dan taburkan bijan hitam dan bijan putih.

Masa Persediaan: 10 minit
Masa Memasak: 25 minit
Hidangan: 5

English Ingredients

Filling:

150 grams minced Chicken
3 tbsp Oil
2 tbsp Garlic (finely chopped)
1 tbsp Chili Flakes
2 tbsp Mahsuri Kicap Lemak Manis
1 tsp Honey Salt Pepper

FOR THE PUFF PASTRY PUFFS:

1 sheet puff pastry
1 Nutriplus with Omega-3 Egg
3 tbsp White Sesame Seeds
3 tbsp Black Sesame Seeds

Instructions

- Thaw the puff pastry and set aside for a while
- In a pan, heat oil and add the minced chicken to it. Cook on medium-low heat for 5 minutes, breaking consistently. Add salt, pepper, chili, and garlic and continue cooking.
- Once the chicken is nearly cooked, add Mahsuri kicap lemak manis and honey. Cook for 3-4 minutes more and transfer the chicken filling to a bowl.
- Preheat the oven to 180 degree celsius.
Cut into equal rectangles off the puff pastry and carefully place 2-3 tablespoons of chicken filling on one side.
- Stretch the other side (the cover) and place carefully on the sheet. Seal properly and do the same for the remaining puffs.
- Place them on a baking sheet lined with parchment paper. Brush egg on the puffs and sprinkle black and white sesame seeds.

Prep Time: 10 mins
Cook Time: 25 min
Serving: 5

~Enjoy~

Kroket Kentang

Masih menunggu idea resipi kami yang seterusnya? Pernahkah anda menyediakan kroket kentang? Jangan risau, kami akan kongsikan resipinya.. Kroket kentang ini rangup di luar dan lembut di dalam. Sesuai dijadikan snek yang lazat untuk kanak-kanak atau potluck, dan sangat baik dijadikan idea untuk lebihan atau baki kentang putar yang tidak habis dimakan.

🥔🥔

Kroket Kentang

Bahan-bahan

Untuk Isi:

125 gram ayam kisar atau dada ayam potong dadu
50 gram lobak merah dipotong dadu
1 ulas bawang putih, dikisar
2 biji bawang merah, dikisar
2 sudu besar Kicap Lemak Manis Mahsuri
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada
1/8 sudu teh serbuk pala
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar mentega
25 ml air

Bahan untuk menggoreng:

Minyak masak secukupnya
2 telur Nutriplus dengan Omega-3
2 sudu besar susu
3 cawan serbuk roti

Bahan-bahan doh kentang:

1/2 kg kentang dikupas
1 kuning telur Nutriplus dengan Omega-3
1/8 sudu teh serbuk pala
1/8 sudu teh lada
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar mentega tanpa garam

Arahan:

Doh kentang:
Potong kentang lebih kecil dan rebus sehingga mudah dilenyek dan lembut. Masukkan kuning telur, serbuk pala, garam, lada sulah, dan mentega. Gaul rata dan ketepikan.

Isian:
- Cairkan mentega dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis hingga lembut dan naik bau.
- Masukkan ayam dan masak hingga bertukar warna. Tambah lobak merah kemudian masukkan garam, lada sulah, gula, serbuk pala, dan air.
- Masukkan Kicap Lemak Manis Mahsuri dan sos tiram. Masuk pula tepung jagung, gaul sebati.

Bentukkan doh:
- Sapu sedikit minyak ditapak tangan anda. Bahagikan doh kentang kepada kira-kira 40-50 gram bebola doh. Ratakan sedikit doh untuk membentuk bulatan bulat.
- Letakkan kira-kira 1/2 sudu besar inti di tengah dan kemudian kumpulkan kedua-dua bahagian untuk menutup inti dan jadikan bentuk bujur. Letak diatas loyang besar yang dialas dengan kertas parchment. Ulangi proses dengan baki doh ada sehingga habis.

Salutan:
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil atau pinggan. Masukkan susu dan gaul rata.
Kemudian celupkan kroket kentang ke dalam adunan telur, golekkan pula dengan serbuk roti.
- Ulangi proses sehingga selesai doh yang lain. Pastikan semua bahagian bersalut dengan serbuk roti.

Menggoreng:
- Panaskan minyak masak dengan api sederhana. Goreng kira-kira 3-4 kroket pada satu masa dengan api yang sederhana sehingga berwarna perang keemasan.

Masa Persediaan: 25 minit
Masa Memasak: 30 minit
Hidangan: 16

English Ingredients

Potato dough:

1/2 kg peeled-potato
1 Nutriplus with Omega-3 egg yolk
1/8 teaspoon nutmeg powder
1/8 teaspoon pepper
1/2 teaspoon salt
1/2 tablespoon unsalted butter

Filling:

125 grams ground chicken or diced chicken breast
50 grams carrot diced
1 cloves garlic, minced
2 shallot, minced
2 tablespoon Mahsuri Kicap Lemak Manis
1 tablespoon Oyster sauce
1/2 teaspoon salt
1/2 teaspoon pepper
1/8 teaspoon nutmeg
1/2 teaspoon sugar
1/2 tablespoon cornstarch
1/2 tablespoons butter
25 ml water

Frying:

Oil for frying
2 Nutriplus with Omega-3 eggs
2 tablespoons milk
3 cups breadcrumbs

Instructions:

Potato dough:
Cut the potatoes into small cubes and boil until they can be easily mashed and soft.
Add egg yolk, nutmeg, salt, pepper, and butter. Mix well and set aside.

Filling:
Melt butter in a pan. Add garlic and shallot, saute until soft and fragrant.
Add chicken and cook until they change color
Add carrot and green beans; then
add salt, pepper, sugar, nutmeg, and water. Continue cooking until all liquid has absorbed
Add Mahsuri Kicap Lemak Manis, oyster sauce. Add cornstarch, continue stirring until they form into a ragout

Shape the dough:
Lightly oil your palms. Portion the potato dough into about 40-50 grams dough balls. Keep them covered to prevent them from drying out
Flatten the dough slightly to form a round circle. Put about 1/2 tablespoon of filling in the middle and then
gather the two sides to enclose and form into an oval shape. Place on a large baking sheet lined with
parchment paper. Repeat the process with the rest of the dough

Coating:
Crack eggs into a small bowl or plate. Add milk and mix well Roll each potato croquette with breadcrumbs, then dip into egg mixture, then roll it again with breadcrumbs.
Repeat the process with the rest of the ingredients/. Make sure all sides are well-coated with bread crumbs

Deep-frying:
Preheat about 3 inches of cooking oil over medium heat. Fry about 3-4 croquette at a time over medium heat until they are light golden brown.

Prep Time: 25 mins
Cook Time: 30 mins
Serving: 16

~Enjoy~