Cart 0

Kuih Cara Berlauk

Kuih Cara adalah salah satu kuih yang digemari setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Susah ke nak buat kuih cara ni? 🤔
Tak susah mana pun jika kena dengan caranya. Jadi, jom kami kongsikan bagaimana cara nak buat kuih cara berlauk yang confirm menjadi dan sedap 😋

Kuih Cara Berlauk by @NutriplusEggs x @Mahsuri

Bahan Inti:

4-5 sdb minyak masak
1 biji bawang besar, dihiris
8 sdb Kicap Manis Mahsuri
30g serbuk kari daging, dibancuh dengan 6 sudu besar air, dijadikan pes
2 tangkai daun kari, dihiris nipis
200g ayam kisar
Garam & gula secukup rasa

Bahan adunan:

150ml santan pekat
300ml air
200g (1 1/2 cawan) Tepung serba guna
1 sdb minyak masak
1 sdk kecil serbuk kunyit
1 Telur Kampung Nutriplus Dengan Omega-3

* Sediakan sedikit minyak masak tambahan untuk sapuan pada acuan nanti.

Topping/taburan:

2 biji cili merah, dihiris halus
5-6 sdb bawang goreng
1 tangkai daun bawang, dihiris halus

Cara-cara:

Untuk inti:

- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga keperangan. Masukkan pes kari, kicap manis dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan ayam cincang dan daun kari, tumis hingga ayam masak. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

Untuk menyediakan adunan:

- Satukan tepung dan santan ke dalam mangkuk adunan dan gaulkan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau.
Campur Telur Nutriplus Kampung Dengan Omega-3, minyak masak dan serbuk kunyit. Kacau sebati.

Untuk memasak:

- Panaskan acuan dengan api sederhana dan sapu dengan minyak masak. Tuang adunan ke dalam setiap acuan sehingga tiga suku penuh.
Letak satu sudu kecil isi ayam di atas adunan dan tabur pula cili, daun bawang dan bawang goreng diatasnya.
- Biarkan masak selama kira-kira 10 minit. Keluarkan kuih cara menggunakan lidi buluh.
- Griskan acuan sekali lagi dan ulangi sehingga adunan habis. Hidang semasa panas, atau pada suhu bilik.

Hidangan: 20 keping
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 25 minit

 

TAUHU BEGEDIL DENGAN SAMBAL KICAP

Tauhu bergedil sangat ngam dimakan bersama sambal kicap.
Boleh dihidangkan bersama nasi atau dimakan sebagai hidangan minum petang.
Tauhu bergedil juga adalah salah satu menu yang begitu popular di Malaysia.

Tauhu Begedil dengan Sambal Kicap by @NutriplusEggs x @Mahsuri

Bahan-bahan:

5-6 Biji kentang, dikupas dan dipotong
200g daging cincang
1 sudu besar bawang goreng
3 tangkai daun bawang, dihiris
3 tangkai daun sup, dihiris
1/4 sdk lada putih
1/2 sdk garam
20 Puff tauhu - Potong X di bahagian atas puff tauhu

Untuk adunan:

2 biji telur Nutriplus Kampung Dengan Omega-3 - dikocak sedikit
1/2 sudu teh tepung jagung
secubit garam dan lada sulah

- Pukul telur bersama tepung jagung, garam dan lada sulah, ketepikan.

Sambal kicap:

1/2 cawan Kicap Manis Mahsuri
3 tangkai cili api, dihiris
1 sudu besar bawang goreng, diramas/dicincang

- Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati.

Cara-cara:

- Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan kentang dan goreng sehingga perang keemasan. Keluarkan dari kuali.
- Tumbuk kentang goreng. Ketepikan.
- Gorengkan pula daging cincang didalam sedikit minyak. Perasakan dengan garam. Goreng hingga masak. Ketepikan.
- Dalam mangkuk, masukkan kentang goreng tumbuk, daging lembu cincang yang telah dimasak, bawang goreng, daun sup, daun bawang, garam, dan lada putih. Gaul sebati.
- Sumbat tauhu dengan isi bergedil. Celupkan tauhu yang telah disumbat ke dalam adunan telur. Goreng tauhu hingga garing.
- Untuk menghidang, tabur keatas tauhu bergedil dengan cili padi, daun bawang, daun sup, dan bawang goreng. Nikmati dengan sambal kicap.

Hidangan: 4
Masa persediaan: 30minit 
Masa memasak: 30minit

 

ROJAK MALAYSIA

Rojak sering menjadi menu yang menambat selera rakyat Malaysia. Buah-buahan dan sayuran yang disatukan dan digaul bersama kuah rojak dengan rasa masam,
manis dan pedas ibarat kita rakyat Malaysia yang bersatu dan berkongsi cerita pahit dan manis bersama.
Best juga dapat layan rojak dikala petang hari ni. Jom kami kongsikan resipinya 😋

Rojak Malaysia by @NutriplusEggs x @Mahsuri

Bahan-bahan:

6 tauhu ggoreng kecil
2 biji telur rebus Nutriplus dengan Omega-3
1⁄2 biji nanas (dikupas dan dipotong menjadi kepingan)
1 biji mangga hijau (dikupas dan dipotong)
1 Sengkuang kecil (dikupas dan dipotong)
1 timun kecil (dipotong)
1⁄4 cawan kacang tanah tumbuk
1 sudu besar bijan (dipanggang)

Sos Rojak

200ml Mahsuri Kicap Manis
200ml Sos cili
150g Gula Melaka
2 sdb Pes udang
1 keping Belacan
1 1/2 sdb Tepung jagung
300ml Jus asam jawa

Cara-Cara:

- Panaskan periuk, Satukan semua bahan sos rojak ke dalam periuk, gaul rata, biarkan mendidih dengan api perlahan dan terus kacau sehingga sos rojak menjadi pekat.
Keluarkan kuah rojak dan masukkan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk.
- Satukan hirisan tauhu, nanas, mangga, sengkuang, dan timun di dalam mangkuk besar.
- Tuangkan kuah rojak ke atas buah-buahan dan sayuran. Gaul sebati.
- Hidangkan rojak didalam pinggan, letak hirisan telur rebus diatas rojak. Taburkan pula sedikit kacang tanah dan bijan. Siap dihidang.

Hidangan: 4
Masa persediaan: 25minit
Masa memasak: 20minit

 

Mee Goreng Mamak Style

Jom lepak Mamak? Eh, tapi rasa macam nak lepak kat rumah je la.. sambil pekena pula Mee Goreng Mamak 🤔🤤
Boleh dikatakan hampir semua lapisan masyarakat Malaysia menggemari makanan di restoran mamak, antara menu yang
menjadi kegemaran pelbagai kaum adalah Mee Goreng Mamak.
Hari ni kami akan kongsikan resipi Mee Goreng Mamak yang sedap untuk anda..

Mee Goreng Mamak Style @NutriplusEggs x @Mahsuri

Bahan-bahan sos:

5-7 sdb Kicap Manis Mahsuri
3 sdb tomato
1 sdb serbuk kari
1 sdb pes cili
1 sdb gula
1/2 cawan air

 

Mee goreng:

1 pek mee kuning segar
1 biji kentang
Minyak secukupnya
3-4 ulas bawang putih
3-5 biji cili merah
1 cawan tauhu goreng
1 cawan taugeh
2 biji Telur Nutriplus dengan Omega-3Hiasan:

1/4 cawan daun salad - dicincang
1 biji limau nipis

 

Cara-cara:

- Dalam mangkuk kecil, satukan bahan sos. Kacau sebati.
- Rebus kentang sehingga empuk, Toskan air, dan setelah cukup sejuk untuk dikendalikan, potong kiub.
- Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan dengan api yang besar. Masukkan bawang putih, cili merah, tauhu, dan kentang. Kacau sehingga bawang putih naik bau. Sebelum bawang putih menjadi perang, masukkan adunan sos ke dalam kuali.
- Gaulkan kesemuanya, kemudian masukkan mee kuning. Kacau mee sehingga menyaluti sos, kemudian masukkan taugeh.
- Pindahkan mee ke tepi kuali, dan pecahkan dua biji telur. Guna spatula untuk memecahkan kuning telur dan biarkan ia masak selama 30 saat, kemudian gaul telur dengan mee selama 10-15 saat. Setelah siap dimasak, angkat dari api.
- Hiaskan mee goreng mamak dengan daun salad dan sebiji limau nipis. Sedap dinikmati ketika mee goreng mamak masih panas.

 

Hidangan: 3
Masa persediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit

 

Pizza Malaysia

Nasi lemak dan satay memang tidak dapat dipisahkan dengan selera rakyat Malaysia. Tapi pernah tak cuba pizza dengan rasa Malaysia ini?
Jom kita gabungkan citarasa Malaysia ini didalam sekeping pizza 😋

Pizza Malaysia @NutriplusEggs x @Mahsuri

Bahan-bahan:

1 Pizza crust, siap sedia
1 kaki ayam tanpa tulang, potong dadu halus
5 sdk sambal cili
20g kacang tanah panggang
2 biji Telur rebus Nutriplus dengan Omega-3,
50g timun, dihiris dadu
100g keju mozzarella parut
sedikit daun pasli - dicincang (untuk hiasan)

Untuk Perapan Ayam:

1⁄2 sdb minyak kelapa
1⁄4 sdk garam
1⁄4 sdk gula
1 sdb Kicap manis Mahsuri
1⁄2 sdk serbuk bawang
1⁄4 sdk serbuk kunyit

Cara-cara:

- Perap ayam bersama bahan-bahan perapan dan biarkan selama 1-2 jam di dalam peti ais.
- Panaskan kuali dan masukkan 1⁄2 sudu besar minyak. Bakar ayam sehingga masak dan keperangan. Ketepikan.
- Ratakan sambal cili di atas pizza crust. Tabur ayam panggang, kacang tanah panggang, hirisan telur rebus, timun yang dipotong dadu, dan keju mozarella.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 minit atau sehingga pizza menjadi perang keemasan. Hiaskan dengan pasli yang dicincang dan hidangkan ketika masih panas.

Hidangan: 2
Masa persediaan: 30 minit
Masa memasak: 15 minit