RESEPI Rice Paper Parcel
BAHAN-BAHAN:
Nutriplus karaage (dicincang)
Kobis (dicincang)
Lobak merah (dicincang)
Cendawan shitake (dicincang)
Halia (dicincang halus)
Daun bawang, bahagian putih diasingkan (dihiris halus)
Rice Paper
PERASA:
Mahsuri Kicap Manis Pedas
Sos tiram
Minyak bijan
Serbuk lada sulah
BAHAN SOS BIJAN MASAM MANIS:
1 sudu teh halia, diparut
3 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar bijan bakar
ΒΌ cawan Mahsuri Kicap Pedas Manis
1 sudu kecil cuka
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
Penyediaan:
- Campurkan semua bahan sos dan gaul sebati.
ARAHAN:
- Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan sedikit minyak, tumis halia dan bahagian putih daun bawang hingga keluar wangi.
- Masukkan cendawan, karaage, tumis selama 2 minit. Kemudian, masukkan kobis dan lobak merah yang dicincang dan tumis hingga agak lembut.
- Perasakan dengan kicap, sos tiram dan sedikit lada sulah. Masukkan bahagian hijau daun bawang, kemudian percikkan minyak bijan dan pindahkan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
- Basahkan sedikit papan pemotong dan celupkan sehelai rice paper ke dalam pinggan yang berisi air selama 10 saat (anggaran). Letakkan rice paper di atas papan pemotong.
- Letakkan 2 sudu besar inti di tengah-tengah rice paper dan lipat seperti bungkusan. (Boleh guna 2 helai rice paper untuk elak kebocoran semasa menggoreng)
- Panaskan kuali dengan api sederhana dan tuangkan sedikit minyak. Goreng bungkusan selama beberapa minit sehingga kedua-dua bahagian berwarna perang keemasan dan rangup.
- Nikmati bersama sos bijan masam manis ketika masih panas dan rasai kerangupannya!
Masa Penyediaan: 20min
Masa memasak: 5min
Hidangan: 12