Kuih Cara Berlauk

Kuih Cara adalah salah satu kuih yang digemari setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Susah ke nak buat kuih cara ni? 🤔
Tak susah mana pun jika kena dengan caranya. Jadi, jom kami kongsikan bagaimana cara nak buat kuih cara berlauk yang confirm menjadi dan sedap 😋

Kuih Cara Berlauk by @NutriplusEggs x @Mahsuri

Bahan Inti:

4-5 sdb minyak masak
1 biji bawang besar, dihiris
8 sdb Kicap Manis Mahsuri
30g serbuk kari daging, dibancuh dengan 6 sudu besar air, dijadikan pes
2 tangkai daun kari, dihiris nipis
200g ayam kisar
Garam & gula secukup rasa

Bahan adunan:

150ml santan pekat
300ml air
200g (1 1/2 cawan) Tepung serba guna
1 sdb minyak masak
1 sdk kecil serbuk kunyit
1 Telur Kampung Nutriplus Dengan Omega-3

* Sediakan sedikit minyak masak tambahan untuk sapuan pada acuan nanti.

Topping/taburan:

2 biji cili merah, dihiris halus
5-6 sdb bawang goreng
1 tangkai daun bawang, dihiris halus

Cara-cara:

Untuk inti:

- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga keperangan. Masukkan pes kari, kicap manis dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan ayam cincang dan daun kari, tumis hingga ayam masak. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

Untuk menyediakan adunan:

- Satukan tepung dan santan ke dalam mangkuk adunan dan gaulkan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau.
Campur Telur Nutriplus Kampung Dengan Omega-3, minyak masak dan serbuk kunyit. Kacau sebati.

Untuk memasak:

- Panaskan acuan dengan api sederhana dan sapu dengan minyak masak. Tuang adunan ke dalam setiap acuan sehingga tiga suku penuh.
Letak satu sudu kecil isi ayam di atas adunan dan tabur pula cili, daun bawang dan bawang goreng diatasnya.
- Biarkan masak selama kira-kira 10 minit. Keluarkan kuih cara menggunakan lidi buluh.
- Griskan acuan sekali lagi dan ulangi sehingga adunan habis. Hidang semasa panas, atau pada suhu bilik.

Hidangan: 20 keping
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 25 minit