LAY HONG BERHAD

Notis Privasi

 

Notis Privasi

Kami mengetahui bahawa anda mengambil berat dengan maklumat peribadi anda dan bagaimana maklumat peribadi anda digunakan. Notis privasi ini menerangkan apa maklumat peribadi yang kami kumpulkan, sebab-sebab pengumpulan data dan apa yang kami lakukan dengannya.

 Sila membaca notis privasi (“Notis”) ini dengan teliti untuk memahami dasar dan amalan kami tentang maklumat peribadi anda dan bagaimana kami (Lay Hong Berhad, syarikat induk, subsidiari atau syarikat berkaitan) menguruskannya.

 Notis ini terpakai kepada semua individu yang berinteraksi dengan kami dalam apa-apa kapasiti dalam talian atau di luar talian. Notis ini menerangkan bagaimana maklumat peribadi anda dikumpul, diguna dan didedahkan serta cara untuk anda mengakses dan mengemas kini maklumat peribadi. Anda juga berhak dengan cara penggunaan maklumat peribadi anda.

Maklumat peribadi ini merujuk kepada maklumat yang berkaitan secara langsung atau secara tidak langsung dan boleh digunakan untuk mengenal pasti anda, secara sendiri atau pengabungan dengan data lain yang mungkin kami kumpul atau kami mempunyai akses kepadanya.

Anda mempunyai hak untuk membantah penggunaan tertentu maklumat peribadi anda termasuk penggunaan Maklumat Peribadi anda bagi pemasaran langsung. Sila merujuk kepada hak anda dan bagaimana anda boleh melaksanakannya seperti yang terkandung di bawah.

Siapakah yang boleh mengumpul maklumat peribadi

Pengawal Data dan Kenalan (“Data Controller and Contact”)

Maklumat-maklumat yang diberikan atau dikumpulkan adalah dikawal oleh Lay Hong Berhad (pengawal data),No. 2, Aras 10-12, Wisma Lay Hong, Jalan Empayar Off Persiaran Sultan Ibrahim /KU1, 41150 Klang , Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Notis Privasi ini digunakan untuk maklum bahawa maklumat peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda adalah berkaitan dengan perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Rujukan “kami” dalam Notis ini bermaksud Lay Hong Berhad dan mana-mana syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung dan/atau dikawal oleh Lay Hong Berhad.

Notis Privasi ini juga terpakai pada kandungan dan aktiviti pemasaran Lay Hong Berhad, termasuk promosi, iklan produk dan perkhidmatan kami, di mana kami (dan/atau pembekal perkhidmatan yang bertindak bagi pihak kami dan/atau kerjasama antara syarikat-syarikat) dihantar kepada anda melaui laman web pihak ketiga, platform dan aplikasi berdasarkan maklumat penggunaan laman web. Laman web pihak ketiga  tersebut mempunyai Notis Privasi dan terikat dengan terma dan syarat. Kami sangat menyarankan anda membaca terma dan syarat dan dasar privasi laman web tersebut sebelum menggunakan.

 Apakah maklumat peribadi yang dikumpul?

Maklumat peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda secara langsung atau tidak langsung, secara sendiri atau gabungan. Ini termasuk maklumat pengenalan, nombor kad pengenalan, gambar-gambar, rakaman video dan sebagainya.

Kami akan mengumpul maklumat mengenai anda daripada pelbagai sumber. Ini termasuk maklumat peribadi anda yang diberikan secara langsung kepada kami, maklumat peribadi yang kami kumpulkan secara automatik dan pengumpulan data daripada sumber-submer berlainan.

Ini termasuk maklumat peribadi yang anda berinteraksi dengan Kami secara luar talian (‘offline’), melalui penglibatan pengunaan “consumer engagement”, kempen pemasaran langsung, cabutan bertuah, pertandingan atas talian melalui laman web kami, aplikasi dan platform pihak ketiga, dan aplikasi yang diakses atau digunakan melalui platform pihak ketiga.

Kemungkinan anda akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi anda apabila anda berinteraksi dengan kami. Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan entiti Lay Hong Berhad yang lain dan menggunakannya selaras dengan Notis Privasi ini. Kami juga akan menggabungkannya dengan maklumat lain untuk meningkatkan produk, perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan kami.

Anda tidak dikehendaki memberi Maklumat Peribadi yang kami minta, jika ada, tetapi jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, kami mungkin tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan kami atau menjawab sebarang pertanyaan yang timbul dengan tepat.

 Bagaimanakah maklumat peribadi anda dikumpul?

Kami mengumpul maklumat peribadi anda daripada pelbagai sumber. Ini termasuk:

 ●      Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami secara langsung. Kami mengumpul data tentang cara anda menggunakan perkhidmatan dan produk kami, seperti jenis kandungan yang anda lihat atau terlibat, atau kekerapan dan tempoh aktiviti anda. Kami juga mengumpul maklumat peribadi yang anda berikan kami apabila anda mendaftar untuk surat berita pemasaran, melengkapkan tinjauan atau mendaftar akaun untuk membeli produk kami. Dengan demikian, kami mungkin akan meminta maklumat peribadi anda, seperti nama, jantina, tarikh lahir, alamat, e-mel, nombor telefon atau butiran kad kredit anda. Kami akan mengumpul "kategori khas maklumat peribadi" mengenai anda dengan atas kebenaran anda.

 ●      Maklumat peribadi yang kami kumpulkan secara automatik. Kami juga menerima dan menyimpan jenis maklumat peribadi tertentu apabila anda berinteraksi dengan kami dalam talian. Sebagai contoh, kami menggunakan kuki (“cookies”) dan teknologi penjejakan untuk mendapatkan Maklumat Peribadi apabila pelayar web anda mengakses laman web, iklan kami atau kandungan lain yang disampaikan oleh pihak kami di laman web lain. maklumat peribadi anda akan dikumpul apabila anda mencari, membeli, siaran, menyertai peraduan, soal selidik atau berkomunikasi dengan Perkhidmatan Perhubungan Pelanggan. Ini termasuk alamat IP, ID peranti, data lokasi, komputer dan maklumat sambungan seperti jenis dan versi pelayar (“browser type and version”), tetapan zon waktu, jenis dan versi pemalam pelayar (“browser plug-in types and versions”), sistem pengendalian dan transaksi pembelian - yang kadangkala kami agregatkan maklumat yang serupa dengan pengguna lain. Semasa beberapa pelayar internet (“internet browsing”) anda pada laman web kami, kami juga akan menggunakan alat perisian untuk mengukur dan mengumpul maklumat sesi, termasuk masa respons halaman, kesilapan muat turun, tempoh lawatan ke halaman tertentu, maklumat interaksi halaman, dan kaedah yang digunakan untuk melayari halaman (“browse away from page”). Kami juga mengumpul maklumat teknikal untuk membantu kami mengenal pasti peranti anda untuk tujuan pencegahan penipuan dan diagnostik.

 ●      Maklumat peribadi yang kami kumpul daripada sumber lain. Kami mengumpul maklumat peribadi daripada sumber lain termasuk perkongsian kami yang dipercayai dengan pihak ketiga dan tempat kami mengendalikan akaun produk dan perkhidmatan kami pada platform pihak ketiga: Contohnya, apabila anda menggunakan fungsi "suka" di Facebook. Selain itu, kami menerima maklumat tentang interaksi anda dan pelawat lain dengan pengiklanan kami untuk mengukur sama ada pengiklanan kami adalah berkaitan dan berjaya. Kami juga mengumpul maklumat tentang anda dan aktiviti anda daripada pihak ketiga apabila kami bersama-sama menawarkan perkhidmatan atau produk, atau daripada penyedia pengayaan data pihak ketiga yang mungkin menyampaikan pandangan  tentang maklumat peribadi yang kami pegang.

Mengapakah maklumat peribadi anda digunakan?

Kami mengumpul, memproses dan mendedahkan maklumat peribadi anda secara terhad dan hanya untuk tujuan tertentu yang berkenaan dengan produk dan perkhidmatan kami. Contohnya, untuk memproses bayaran anda, untuk menilai dan menyelesaikan sebarang aduan anda, untuk mengembangkan dan meningkatkan produk, perkhidmatan, kaedah komunikasi dan fungsi laman web kami, untuk menyediakan produk yang sesuai secara peribadi, komunikasi dan pengiklanan sasaran serta pengesyoran produk kepada anda.

Kami juga mungkin membuat profil dengan menganalisis maklumat tentang pelayaran dalam talian anda, sikap dan amalan pembelian anda (“searching and buying behaviour”) dan interaksi anda dengan komunikasi jenama kami serta membina segmen (mewujudkan kumpulan yang mempunyai ciri-ciri umum tertentu) dengan meletakkan Maklumat Peribadi anda dalam satu atau lebih segmen.

Selain itu, maklumat peribadi anda juga akan digunakan kaedah-kaedah automatik. Keputusan automatik tersebut adalah keputusan yang dibuat hanya berdasarkan kaedah automatik, tanpa penglibatan manusia dalam proses membuat keputusan yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi anda.

Tujuan Kami mengumpul, memproses dan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti berikut:

  • Untuk memproses bayaran anda, sekiranya anda membeli produk kami, untuk menyediakan maklumat mengenai status pesanan anda, menguruskan pertanyaan dan permintaan anda, menilai dan menangani sebarang aduan;

  • Untuk memproses dan menjawab sebarang pertanyaan atau untuk menghubungi anda bagi menjawab pertanyaan dan/atau permintaan anda;

  • Untuk mengembang dan meningkatkan produk, perkhidmatan, kaedah komunikasi dan fungsi laman web kami;

  • Untuk sebarang tujuan pertandingan atau promosi yang anda menyertai;

  • Untuk memaklumkan maklumat kepada anda dan mengurus pendaftaran anda dan/atau langganan surat berita kami atau sebarang komunikasi yang lain;

  • Untuk mengurus kegiatan perniagaan harian kami mengenai penyertaan anda di dalam pertandingan, cabutan bertuah atau aktiviti promosi atau permintaan kami;

  • Untuk mengesahkan identiti seseorang yang menghubungi kami dengan menggunakan telefon, alat elektronik atau lain-lain;

  • Untuk tujuan latihan dalaman dan jaminan kualiti;

  • Untuk memahami dan menganalisis minat, keinginan, dan perubahan keperluan pengguna, meningkatkan laman web kami, produk dan perkhidmatan semasa kami, dan/atau menyediakan produk dan perkhidmatan baru; dan

  • Untuk menyediakan produk yang sesuai secara peribadi, komunikasi dan iklan yang disasarkan dan cadangan produk kepada anda.

Ketika kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan yang disebutkan mahupun untuk sebarang tujuan, kami akan memaklumkan kepada anda sebelum ataupun ketika pengumpulan dilaksanakan.

Sekiranya diperlukan, kami akan meminta persetujuan anda untuk memproses maklumat peribadi. Jika anda telah memberi kebenaran untuk aktiviti pemprosesan, anda mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa.

 Dalam sesetengah situasi, kami bergantung kepada kepentingan sah (‘legitimate interest’) untuk memproses maklumat peribadi anda. Kepentingan sah boleh terjadi ketika anda mendaftar untuk skim kesetiaan dengan salah satu jenama milik kami dan kami akan menggunakan maklumat tersebut untuk melakukan analisis maklumat bagi meningkatkan produk atau perkhidmatan kami. Kaedah ini hanya akan digunakan sekiranya diperlukan bagi mencapai kepentingan sah. Misalnya, untuk melaksanakan kontrak atau mengoptimumkan perkhidmatan, dan ianya tidak melebihi hak anda sebagai pengguna. Dasar undang-undang hanya akan digunakan sekiranya tidak mengganggu pemprosesan maklumat peribadi anda. Kami memberi jaminan sekiranya kepentingan sah digunakan sebagai dasar untuk memproses maklumat peribadi anda, kami akan menyimpan rekod ini dan anda mempunyai hak untuk meminta maklumat ini.

Kami memproses maklumat peribadi anda bagi melaksanakan kontrak yang berkaitan dengan anda. Sebagai contoh, kami perlu memproses maklumat peribadi anda untuk menghantar produk ataupun perkhidmatan yang anda beli, bagi membolehkan anda mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan kami ataupun menghantar sampel yang anda minta.

Kami turut memproses maklumat peribadi anda dengan mematuhi keperluan undang-undang (misalnya, cukai atau kewangan) untuk melakukan pemprosesan tersebut. Perintah mahkamah atau sepina memerlukan kami untuk memproses maklumat peribadi dengan bertujuan tertentu atau kami mempunyai kewajiban untuk memproses maklumat peribadi bagi melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan di bawah peraturan anti pengubahan wang haram.

Bagaimanakah kami menggunakan data anda untuk Profil sebagai pengguna?

Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk membina profil. Kami mencipta profil dengan menganalisis maklumat tentang melayari talian anda, mencari dan membeli gelagat dan interaksi anda dengan komunikasi jenama kami dengan membina segmen (mewujudkan kumpulan yang mempunyai ciri umum tertentu) dengan meletakkan maklumat peribadi anda dalam satu segmen atau lebih. Segmen ini kami akan digunakan untuk memperibadikan laman web dan komunikasi kami kepada anda (seperti menunjukkan kandungan yang berkaitan kepada anda apabila anda melawat laman kami atau dalam surat berita kepada anda), dan untuk memaparkan tawaran dan iklan yang berkaitan dengan jenama, produk, halaman perkhidmatan kami, dan melalui laman web pihak ketiga. Segmen ini juga boleh digunakan untuk kempen pihak ketiga di laman kami. Kami memprofilkan data anda di mana anda telah memberikan kebenaran untuk kami berbuat demikian. Contohnya, menerima tetapan kuki pada penyemak imbas anda dalam talian atau mendaftar untuk surat berita e-mel daripada salah satu jenama kami.

Anda boleh menarik semula kebenaran yang telah diberikan bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada pemprofilan dengan mengubah tetapan kuki ataupun berhenti melanggan daripada menerima pemasaran surat berita.

Dengan siapakah maklumat anda dikongsi?

Lay Hong Berhad berkongsi maklumat peribadi anda di dalam Lay Hong Bhd dan pihak ketiga yang tertentu dengan situasi yang berikut:

 ●      Pembekal perkhidmatan pihak ketiga. Bagi melaksanakan dan menjawab permintaan, pertanyaan, pesanan, kupon penghormatan, sampel, membolehkan anda mengambil bahagian dalam undian ataupun pelbagai ciri-ciri lain laman web kami, perkongsian maklumat peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga bagi pihak kami, seperti syarikat yang mengendalikan laman web kami, memproses bayaran, menganalisis data, menyediakan khidmat pelanggan, khidmat penghantaran, penaja atau pun pihak ketiga yang mengikuti atau mengendalikan promosi kami. Mereka mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda yang diperlukan bagi melaksanakan tugas mereka. Mereka tidak boleh menggunakan maklumat peribadi anda dengan tujuan lain selain daripada yang telah dinyatakan. Tambahan lagi, mereka juga perlu memproses maklumat peribadi anda mengikut Notis Privasi ini dan undang-undang yang terpakai. 

 ●      Pihak ketiga yang lain. maklumat peribadi anda juga akan digunakan atau dikongsi kepada penaja kami, tukang iklan, talian iklan, pelayan iklan, rangkaian sosial media, syarikat analisis atau pihak ketiga lain yang berkaitan dengan pemasaran, promosi, pengayaan data (untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kunci privasi kami ikuti pautan) ataupun tawaran lain dan maklumat produk.

 ●      Pemindahan perniagaan. maklumat peribadi anda akan digunakan ataupun dikongsi dengan Lay Hong Bhd, terutamanya bagi tujuan perniagaan ataupun operasi. Perkembangan Lay Hong Bhd semakin meningkat, Lay Hong Bhd akan menjual atau membeli aset, anak syarikat atau unit perniagaan.  Dalam transaksi tersebut, maklumat peribadi anda secara umum merupakan salah satu aset perniagaan yang dipindahkan tetapi tetap tertakluk kepada perjanjian yang dibuat di dalam Notis Privasi sebelumnya (melainkan jika anda membenarkan yang sebaliknya). Sekiranya entiti yang lain memerlukan kami, perniagaan kami atau pun semua atau sebahagian daripada aset, aset berkaitan dengan laman web kami, maklumat peribadi anda akan didedah kepada entiti tersebut sebagai salah satu proses ketekunan wajar (‘due diligence’) dan akan dipindah kepada entiti tersebut. Sekiranya kebankrapan atau prosiding penyusunan semula organisasi diambil oleh atau kepada kami, semua maklumat peribadi tersebut akan dianggap sebagai aset kami dan boleh dijual atau dipindahkan kepada pihak ketiga.

 

●      Pendedahan undang-undang. Kami akan memindahkan dan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga:

  • Mematuhi kewajiban undang-undang;

  • Apabila kami percaya dengan suci hati bahawa undang-undang yang terpakai memerlukannya;

  • Atas permintaan pihak berkuasa kerajaan yang menjalankan siasatan;

  • Untuk mengesahkan atau menguatkuasakan "Terma Penggunaan" kami atau mana-mana dasar lain yang terpakai;

  • Untuk mengesan dan mencegah daripada penipuan atau sebarang teknikal atau kelemahan sekuriti;

  • Untuk tindak balas kecemasan; atau sebaliknya

  • Untuk melindungi hak, harta, keselamatan, sekuriti pihak ketiga, pelawat laman web Lay Hong Berhad, Lay Hong Berhad ataupun orang awam.

Maklumat peribadi kanak-kanak

Kami tidak dengan sengaja meminta atau mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Walau bagaimanapun, Lay Hong Berhad mungkin mengumpul maklumat peribadi mengenai kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga secara langsung, atau dengan kebenaran jelas orang itu. Dalam situasi ini, anda mengesahkan bahawa mereka telah dilantik untuk bertindak bagi pihak mereka dan memberi kebenaran bagi memproses maklumat peribadi mereka mengikut notis privasi ini.

Bagaimanakah kami melindungi maklumat peribadi anda?

Lay Hong Berhad mengambil berat akan keselamatan maklumat peribadi anda dan kami akan memastikan pematuhan sewajarnya terhadap undang-undang terpakai. Kami mengambil segala langkah bagi melindungi maklumat peribadi anda daripada penyalahgunaan, gangguan, kehilangan, akses tidak sah, pengubahsuaian atau pendedahan.

Ini termasuk melaksanakan kawalan akses yang berpatutan, melabur dalam Kemampuan Keamanan Informasi terkini untuk melindungi sistem IT yang kami gunakan, dan memastikan mengekripsi, menggunakan nama samaran, dan menganonimkan maklumat peribadi semana mungkin.

Akses maklumat peribadi anda hanya diizinkan di antara pekerja kami dan ejen berdasarkan keperluan dan tertakluk pada kerahsiaan kontrak yang ketat ketika diproses oleh pihak ketiga.

 

Pindaan kepada notis ini

Kami mungkin mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa. Sila semak kembali dengan kerap untuk melihat sebarang kemas kini atau perubahan pada notis kami.

 

 Hubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai Notis Privasi atau pemprosesan data Lay Hong Berhad, sila berbuat demikian dengan menghantar e-mel atau menghantar permintaan melalui borang "Hubungi Kami" di laman web kami.

 

Pegawai Perlindungan Data yang dicalonkan Lay Hong Berhad boleh dihubungi di:

 Hubungi: Pegawai Perlindungan Maklumat Peribadi

Alamat: Lay Hong Berhad

No.2, Level 10-12, Wisma Lay Hong,

Jalan Empayar Off Persiaran Sultan Ibrahim /KU1,

41150 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

 

Atau

 

Borang Web: http://layhong.com.my/website/contact.html

 

Atau

 

Hubungi kami:   603-3343 4888

 

Kami akan mengakui dan menyiasat sebarang aduan tentang cara Kami mengurus maklumat eribadi (termasuk aduan bahawa Kami telah melanggar hak anda di bawah undang-undang privasi yang berkenaan).